Scaling Gigi & Terapi Biofilem Terpandu (GBT)

Penjagaan kesihatan gigi bukan sahaja berkisar pada aspek kecantikan, tetapi juga kesihatan keseluruhan mulut. Dalam blog ini, kita akan meneroka konsep scaling gigi, mengenalpasti kepentingannya, dan meninjau inovasi terkini dalam bidang penjagaan kesihatan mulut, iaitu Terapi Biofilem Terpandu (GBT).

Apa Itu Scaling Gigi?

Scaling gigi ialah prosedur pembersihan yang bertujuan untuk membuang plak, tartar, dan bakteria yang berkumpul di sekitar gigi dan gusi. Plak adalah lapisan lengket yang terbentuk dan melekat pada gigi akibat interaksi bakteria dengan sisa makanan dan air liur. Jika plak tidak dibersihkan, ia boleh mengeras dan menjadi tartar atau karang gigi, suatu lapisan keras yang tidak dapat dihilangkan melalui memberus gigi biasa. Tartar ini, atau calculus, dapat menyebabkan masalah kesihatan gigi dan gusi.

Kenapa Scaling Gigi Penting?

  1. Pencegahan Penyakit Gusi: Scaling gigi membantu mencegah penyakit gusi dengan menghilangkan plak dan tartar. Plak yang tidak dibersihkan boleh menyebabkan kemerahan, pembengkakan, dan pendarahan gusi.
  2. Mengurangkan Risiko Kerosakan Gigi: Scaling gigi membantu mengurangkan risiko kerosakan gigi dan pembentukan karies. Plak yang tertinggal dapat merosakkan enamel gigi, menyebabkan keretakan, dan membuka pintu kepada masalah gigi yang lebih serius.
  3. Menjaga Kesihatan Gusi: Kesihatan gusi yang baik adalah kunci untuk kelestarian mulut keseluruhan. Penyakit gusi yang tidak diendahkan boleh menyebabkan masalah serius seperti periodontitis.

Prosedur Scaling Gigi:

Selepas pemeriksaan awal oleh doktor gigi, prosedur scaling dilakukan menggunakan alat scaler atau ultrasonic scaler. Proses ini mungkin melibatkan bunyi dan getaran yang tidak menyakitkan, diikuti dengan polishing gigi dan, jika perlu, fluoridation.

Harga Scaling Gigi di Klinik Kerajaaan

Bagi masyarakat yang mencari pilihan penjagaan gigi yang ekonomi, klinik pergigian kerajaan menyediakan harga yang murah. Hanya dengan RM 3 (RM 2 untuk caj scaling dan RM 1 untuk caj pendaftaran) setiap kali rawatan.

Harga Scaling dan Polishing di Klinik Pergigian Swasta:

Faktor yang mempengaruhi harga scaling dan polishing di Klinik Pergigian swastanbersifat bervariasi. Namun, di Klinik Pergigian Chun dan Gigichun, harga berkisar antara RM70 hingga RM150, bergantung pada keperluan pembersihan gigi individu.

Cara Menghilangkan Karang Gigi dengan Mudah:

Penting untuk menjaga kebersihan mulut sehari-hari dengan langkah-langkah sederhana. Menggosok gigi sekurang kurangnya dua kali sehari dengan pasta gigi fluoride, gunakan benang gigi untuk membersihkan celah gigi, dan berkumur dengan mouthwash berkadar fluoride. Kurangkan makanan asam dan manis, serta membuat periksa ke klinik pergigian untuk pembersihan profesional setiap 6 bulan.

Scaling Gigi Sesuai untuk Kanak-Kanak?

Penting untuk diingat bahawa scaling gigi pada kanak-kanak bukan sekadar tindakan pencegahan, tetapi langkah proaktif untuk mencegah masalah gigi di masa depan. Proses ini dijalankan oleh doktor gigi yang berpengalaman untuk memastikan keselamatan dan manfaat jangka panjang.

Pengenalan Terapi Biofilem Terpandu (GBT)

    Leave a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *